Wednesday, December 23, 2015
Outing Kelab Karyawan Lensa Terengganu.
Satu siri outing bersama Kelab Karyawan Lensa Terengganu diadakan di atas puncak Bukit Puteri Kuala Terengganu menampilkan tema busana melayu dan kebaya nyonya.Fotografi tema Busana Melayu silam diadakan dipuncak Bukit Puteri manakala Kebaya Nyonya di Kampung Cina.Program dijalankan secara santai dan bersahaja memberi kebebasan kepada fotografer untuk mengambil gambar talent yang didatangkan khas untuk siri outing ini.
Manakala shoot talent kebaya nyonya di Kampung Cina.
Antara gambar behind the screne...!
Walaupun pada mulanya hujan agak lebat di bandar Kuala Terengganu tetapi program ini dapat diteruskan dengan jayanya.
Syabas dan sekalung tahniah kepada krew-krew Karyawan Lensa Terengganu di atas usaha murni ini.
Adiosss...Graciasss...!!!
Monday, December 14, 2015
Throwback - Kembara Kedah 2015.
Perjalanan ke Kedah melalui Lebuhraya Timur-Barat menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara perempuan di Sungai Petani pada 19/9/15.Kesempatan ini diambil untuk melawat Alor Setar dan sekitarnya serta berkunjung ke Perlis Indera Kayangan.
Perjalanan bermula dari rumah pada pagi Jumaat 18/9/15 melalui LPT 2 ke Lebuhraya Timur Barat di Pasir Puteh Kelantan.Singgah di Masjid Bukit Bunga untuk solat jumaat dan makan tengahari.Kembara diteruskan ke menyusuri Lebuhraya Timur-Barat,Gerik-Kulim Expressway dan Plus Highway dan tiba di Sg.Petani pada jam 8.00 malam.
Keesokan harinya menghadiri jamuan kenduri kahwin di Swiss Inn,Sg.Petani,majlis berlangsung dari pagi hingga ke petang.
Sebelah malam diadakan majlis Family Bbq di LA View Sg.Petani.
Lain-lain gambar kembara sekitar Kedah dan Perlis.
Kembara berhenti di sini dulu...perjalanan akan disambung ke destinasi seterusnya.
Langkawi...mung tunggu aku datang...!!!
Adiosss...Graciasss...!!!
Throwback...Teluk Lipat in dangerous...!
Imbasan kembali pesisiran pantai teluk lipat yang runtuh akibat ledakan ombak besar pada 28/12/2011 yang lalu.Banyak pokok-pokok rhu yang tumbang dan kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan.Kini teluk lipat berwajah baru dengan benteng penahan ombak yang baru.
Suatu memori yang sukar dilupakan.
Adiosss...Graciasss...!!!
Sunday, December 13, 2015
Shoot time tengkujuh...!
Musim tengkujuh selalunya hadir pada hujung tahun di pantai timur.Kebiasaannya bermula pada hujung oktober dan berakhir pada awal februari.Pada masa ini hujan tidak menentu...ada kalanya renyai-renyai dan ada kalanya lebat.Selalunya aktiviti agak terbatas...tapi bagi fotografer tidak membataskan aktiviti ini.Sebaliknya menjadi satu medan baru untuk berkarya.Kadang-kadang lopak air dan air terjun express selalunya menjadi port untuk melepaskan gian.
Lihatlah beberapa keping foto yang sempat disnap untuk tatapan halwa mata...!
Semoga menjadi panduan untuk kita semua berkarya...!
Adiosss...Graciasss...!!!
Wednesday, December 2, 2015
Kemasik beach...!
Subscribe to:
Posts (Atom)