Tuesday, January 26, 2016

Warisan Kota Lama Duyung.

Kota Lama Duyung ini telah dibina pada tahun 1919 dan siap setahun kemudiannya pada 1920.Ia dibina oleh Dato` Biji Sura ( Nik Muhamad Bin Hitam ) yang juga merupakan seorang hakim.
Kota yang diperbuat dari campuran seperti madu,kapur tohor,putih telur,pasir,batu dan sebagai lagi berukuran lebih kurang 400 meter persegi.Di dalamnya terdapat beberapa buah rumah umpamanya Rumah Bujang Berpeleh,Limau Bungkus dan Limau Belanda.Tukang yang ditugaskan membinanya terdiri dari Melayu dan Cina Singapura. Di dalam rumah inilah diadakan kelas belajar agama dan tempat belajar mengaji Al-Quran.
Menyedari betapa pentingnya monumen ini kepada generasi akan datang,pihak Kelab Karyawan Lensa Terengganu telah mengadakan sessi fotografi untuk merakamkan kehidupan Melayu silam di kota ini.
Kota yang menjadi nadi kehidupan orang-orang Melayu silam dinukilkan semula untuk tatapan generasi baru kini.Semoga usaha murni ini menarik perhatian pihak yang berkaitan untuk lebih serius memelihara pusaka bangsa ini. Jangan sampai pusaka Melayu hilang di dunia...! Adiosss.....Graciassss...!!!

Saturday, January 2, 2016

Outing siri pertama Karyawan Lensa Terengganu 2016.

Tanggal 1 Januari 2016 bertempat di Thian Hou Temple,Kuala Terengganu siri pertama outing bersama Karyawan Lensa Terengganu diadakan.Menghimpunkan beberapa orang fotografer sekitar Kuala Terengganu dan dari Dungun.Program bermula pukul 2.45 petang dan berakhir pada pukul 6 petang. Antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan untuk tatapan dan simpanan stok fotografi. Antara yang terlibat dalam outing ni...!
Gambar-gambar behind the screne...!
Seni warisan mempertahankan diri ini wajar dikekalkan sebagai warisan bangsa Malaysia yang pelbagai etnik.Semoga usaha murni Karyawan Lensa Terengganu mendokumentasikan seni mempertahankan diri ini wajar dicontohi dan dipuji. Tu aje untuk kali ni...! Adiosss....Gracias...!!!