Tuesday, February 14, 2017

Seni Pertukangan Sarung Keris dan Senjata Melayu.

   Keris adalah lambang kehebatan senjata Melayu lama.Namun tidak ramai yang mampu membuatnya.Generasi muda pada hari ini semakin tidak berminat dengan warisan Melayu ini.Lantaran itu Ahmad Shukri b. Long atau lebih dikenali Pak Awang dari Kampung Ladang Titian,Kuala Terengganu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan tradisi ini supaya tidak ditelan zaman.
   Berbekalkan kemahiran dan kepandaian membuat keris,beliau membuka bengkel seni ketukangan sarung keris dan senjata melayu bersebelahan rumahnya di Kampung Ladang Titian.







   Usaha ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan kesinambungan warisan tradisi ini supaya kekal dalam kepesatan pembangunan hari ini.Beliau yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam pembuatan sarung keris dan senjata melayu ini.Beliau menceburi bidang ini ketika berusia 18 tahun membuat sarung keris dan parang dari warisan ayahnya. Antara sarung dan hulu keris buatannya adalah dari jenis kayu kemuning dan kayu angsana.







   Setakat ini beliau hanya bersendirian mengusahakan bengkel ini tanpa seorang pembantu pun.Beliau amat berharap sekiranya ada generasi muda atau pihak-pihak yang tertentu yang berminat untuk mempelajari warisan ketukangan ini.Harapannya semoga seni ketukangan ini akan dapat dikekalkan dan dimajukan lagi di masa hadapan.
   Kepada yang berminat untuk memiliki hasil kesenian sarung keris dan parang bolehlah berhubung dengannya di gambar yang tertera di bawah ini.





                                                    Foto ehsan Junaidi Timor.


  Terima kasih atas info Karyawan Lensa Terengganu.   
 
    Adiosss...Graciasss...!!!