Saturday, August 31, 2019

Sambutan Ulang Tahun Kemerdekaan Malaysia ke 62.

31 August 2019  I  Sabtu.

   Majlis sambutan hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia kali ke 62 di Dataran Batu Buruk.Perbarisan kontigen  disertai daripada pelbagai agensi kerajaan,swasta dan badan berkanun.Turut serta pancaragam sekolah dan perarakan aset kenderaan keselamatan kerajaan dan tentera.
   Rakyat pelbagai masyarakat turut menyaksikan majlis sambutan ulang tahun kemerdekaan ini.  
                                                                             




Perarakan kontigen melepasi pentas utama di Dataran Batu Buruk.













Perarakan tamat hampir pukul 1.00 tengahari.

Adiosss...Graciasss...!!!





Tuesday, August 27, 2019

Conceptual Outing...Aspirasi Merdeka.

  26 August 2019  I  Isnin

Conseptual outing Aspirasi Merdeka di Seberang Takir dikendalikan oleh grup Takir Ibrahim & geng.
Seramai 10 orang fotografer menyertai sessi outing ini. 











Semoga aktiviti outing begini akan terus aktif di masa hadapan.

Adiosss...Graciasss...!!!





Wednesday, August 14, 2019

Lata Payung...Destinasi Yang Mesti Dikunjungi.

  13 Jun 2019.
Air terjun Lata Payung terletak di Hutan Lipur Lata Payung di daerah Setiu sempadan Besut, Terengganu. Terletak 25 km dari Bandar Seri Langkap melalui Jalanraya Seri Langkap-Kampung Payong Baru dan 65 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Untuk sampai ke sini pengunjung boleh menggunakan kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi dari Seri Langkap. Untuk sampai ke kemuncak air terjun ini, perlu meredah laluan yang telah disediakan. Ada yang mengatakan bahawa air terjun disini adalah antara yang tercantik di negeri Terengganu, tetapi kurangnya promosi dan kedudukan yang agak terpencil menyebabkan destinasi ini kurang popular berbanding Air Terjun Sekayu dan Air Terjun Chemerong.
Mempunyai jenis Hutan Dipterokarp Bukit serta Hutan Konifer di Kemuncak Gunung Tebu. Pelbagai jenis spesies flora dan fauna yang jarang kita lihat sebelum ini terdapat disini. Bagi pengunjung yang inginkan aktiviti mencabar, satu denai hutan disediakan menuju ke puncak Gunung Tebu sesuai untuk memulakan pendakian dari sini.
Pengunjung boleh menjalankan aktiviti seperti mandi-manda, berkelah, berkhemah dan trekking. Di sini juga pengunjung boleh bersiar-siar dan melihat hidupan liar melalui denai hutan yang disediakan.
Antara kemudahan asas awam yang ada di bahagian pintu masuk ke sini ialah tempat rehat, surau, jambatan gantung dan tandas. Gerai-gerai jualan juga ada berdekatan sini.


 
 
 
 


Semestinya pengalaman mandi-manda di sini merupakan kenangan yang sukar dilupakan.Air yang sejuk dan pasir yang memutih menjadi pilihan untuk berkunjung lagi ke sini jika ada kelapangan masa.Pastinya kami akan kembali lagi ke sini...!


 Adiosss...Graciasss...!!!