Monday, March 2, 2020

Tumpat Heritage Photo Guide with SuperMokh Mokhtar Ishak.

29 Februari 2020  I  Sabtu.

    Perjalanan dari rumah ke Tumpat,Kelantan melalui Lebuhraya LPT 2 amat memenatkan.Turun tepat jam 9.00 pagi memandu sorang-sorang ke destinasi yang hampir 300 kilometer jauhnya.Singgah di Hentian Rahmat untuk sarapan dan membasahi tekak yang haus akibat kepanasan memandu.
   Solat Jumaat di Masjid Kubang Kerian sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.Tiba di Tumpat sekitar jam 4 petang.Sempat memfoto di sekitar Kg.Baru Nelayan dan Stesen Keretapi Tumpat.
 


 Tumpat Heritage Photo Guide bersama SuperMokh Mokhtar Ishak anjuran Kelab Karyawan Lensa Terengganu di Daerah Tumpat pada 29 Feb 2020.Seramai 10 orang ahli kelab yang menyertai aktiviti ini.Peserta menginap di Senangin Resort sebelum memulakan aktiviti sunrise di Pantai Jubakar.
   Pagi ini agak suram dengan matahari agak malu-malu nak mengeluarkan cahayanya.Pelbagai angle perlu dicari walaupun meredah semak samun di dalam kegelapan pagi.

                                         
Port kedua pagi ini di rumah kediaman Pok Hashim.Semua fotografer dikehendaki mengambil gambar Pok Hashim sedang memandikan kerbau albinonya.Bermacam gaya dan pose cuba dirakam oleh fotografer.Sekumpulan kerbau dihambatnya ke tengah padang dan dilepaskan untuk mencari makan.  
                                      

                            

Pelbagai gaya fotografer yang cuba merakam aksi Pok Hashim dengan kerbau albinonya.






Slot bersama Pok Hashim selama 1 1/2 jam jer...tak cukup rasanya...kena repeat lagi ni😄😄😄
Selesai pembahagian cenderahati dan group foto...kami terus ke lokasi seterusnya bersama Pok Mezoh.

Di halaman rumah Pok Mezoh...walaupun tepi sungai tapi suasana amat nyaman dengan teduhan pokok nipah yang redup dan sejuk.Ketika Pok Mezoh bersiap-siap dengan perahunya kami sempat photoshot anak-anaknya di bawah pokok nipah yang redup itu.Aksi Pok Mezoh sedang memunggah kelapa ke dalam perahu tidak  ketinggalan juga diambil untuk tujuan dokumentasi.


   Lihatlah ahli kelab begitu teruja dan excited mengambil gambar Pok Mezoh di dalam belukar pokok nipah walaupun laluan agak berselut dan becak.



   Di antara aksi-aksi Pok Mezoh bersama beruk peliharaannya di atas perahu ketika pulang dari memetik kelapa.Sungai yang kecil dan dikelilingi pokok nipah amat menarik dan sesuai dijadikan latarbelakang photoshoot atau outdoor.Suasana yang tidak panas dan sejuk menjadi lokasi terbaik untuk sebarang sessi fotografi di sini
.



     Selepas pulang dari memetik kelapa Pok Mezoh tidak menunggu lama untuk mengupas buah kelapa yang ditempah oleh penduduk kampung untuk dijadikan santan dan sebagainya.Inilah pekerjaan yang mampu dilakukan untuk menyara hidup keluarganya.



   Kelihatan Pengerusi Kelab,Shaari Jusoh amat gembira dan berpuashati dengan slot Pok Mezoh ini.Pulang dengan senyum dan gembira nampaknya selepas sessi group foto.
.

Slot terakhir untuk human interest hari ini ialah bersama Pok Pie...The Gogoh Man di Kg.Kelong.
Matahari dah meninggi...bahang kepanasan semakin terasa selepas keluar dari lokasi rumah Pok Mezoh.Pok Pie sudah menunggu kedatangan kami  ke rumahnya.Kami memecut mengejar masa dalam keadaan jalan yang sempit.
Pok Pie tersenyum melihat kelibat kehadiran kami di sini.Pok Pie sangat menghormati tetamunya...dihidangkan air untuk menghilangkan dahaga.Tanpa membuang masa seperti mengetahui kehendak fotografer beliau memulakan tugasnya membuat demo pembuatah gogoh.Fotografer sudah bersedia di hadapannya untuk merakam aksi beliau.




     Beliau sentiasa tersenyum melakukan tugasnya dan sesekali mengikuti arahan dan kehendak fotografer yang inginkan gambar terbaik untuk dirakam.

                            



Pose istimewa yang sempat dirakamkan oleh lensaku.


Selesai aktiviti photoshoot di sini...kami bergambar kenangan bersama Pok Pie.Puas rasa hati ini dapat mengikuti kembara photo guide ini.Banyak gambar yang dapat dirakamkan sepanjang hari di sini.


Selesai empat aktiviti photoshoot yang utama seperti yang dirancang...kami bergegas ke Pantai Sabak di Pengkalan Chepa untuk merakam aktiviti nelayan di Pasar Nelayan Kg.Gajah.Namun hajat tidak kesampaian kerana hari sudah petang dan nelayan sudah pulang dari laut.Kami hanya dapat merakam perahu kolek yang baru dibaikpulih dan dicat.Memang cantik dan kreatif hasil seni penduduk di sini.Kami difahamkan minggu depan akan diadakan pertandingan perahu kolek di sini....sekali lagi kami hampa.



     Destinasi terakhir kami di Masjid Arrahman,Kg.Pulau Gajah yang unik binaannya.Masjid yang dibina di dalam kawasan paya bakau amat cantik.diperbuat daripada kayu sepenuhnya.Dekorasi dalaman yang  unik dengan sokongan tiang kayu balak dan ukiran kayu menambah kecantikan masjid ini.Di luar terdapat satu beduk yang diperbuat daripadu kayu dan kulit kambing yang berfungsi dan diketuk ketika masuk waktu sembahyang. 


                                                                                   


    Kepenatan dan keletihan hilang dalam trip yang berbaloi ini.Banyak kenangan ahli kelab yang menyertai photo guide ini.Ada yang tertidur di pangkin pintu gerbang di sini kerana keletihan.Hampir pukul 5 petang kami keluar dari tempat ini untuk pulang ke destinasi masing-masing.
    Dalam perjalanan keluar dari bandarKota Bharu di Peringat...malang tidak berbau.Keretaku dilanggar dari arah belakang sewaktu berhenti di lampu isyarat di Peringat.Hanya kerosakan kecil sahaja pada bumper belakang yang tercabut klip dan terkeluar sikit.Hampir satu jam masa terbuang di sini.  


    Kereta dibawa ke bengkel di Kadok untuk dibaikpulih dan siap dalam masa setengah jam.Kos baikpulih ditanggung oleh tuan kereta yang melanggar.Isu itu selesai di sini.Aku meneruskan perjalanan kembali untuk pulang.  


   Sempat singgah di Gaal untuk merakam sunset berlatar belakang sawah padi dan menara TNB.


Singgah solat jamak dan qasar maghrib dan isyak di Masjid Kerandang,Jerteh sebelum meneruskan perjalanan pulang.Sampai di rumah tepat jam 12.00 malam...🙂🙂🙂.


Sekian untuk trip kali ini...!!!
  
    Adiosss...Graciasss....!!!