Monday, September 5, 2022
View Point Wang Kelian
Fenomena awan karpet menakjubkan pengunjung ke View Point Wang Kelian
Dengan populasi penduduk seramai 255,000 orang dan keluasan 819 kilometer persegi, Perlis sering kali dipandang sepi oleh pelancong yang hanya menjadikan negeri itu sebagai transit untuk melancong ke Langkawi atau menuju ke Hatyai, Thailand.
Malah, sebagai negeri terkecil di Malaysia, Perlis juga dilihat tidak mempunyai tarikan pelancongan, selain Arked Beli-Belah Padang Besar yang terletak berhampiran pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand.
Namun, awan karpet dilihat dari View Point Wang Kelian, di sini mencetuskan fenomena apabila ramai pelancong datang untuk menyaksikan panorama indah itu pada awal pagi.
Lazimnya, cuti hujung minggu atau hari kelepasan am pengunjung beriadah di kawasan View Point Wang Kelian, di samping melihat panorama 'awan karpet' terbentuk saujana mata memandang.
View Point Wang Kelian terletak di ketinggian 303 meter dari aras laut. Perjalanan ke sana selama 30 minit dari Kangar manakala 20 minit dari dari pekan Padang Besar.
Kawasan Wang Kelian juga salah satu pintu sempadan ke Thailand di Perlis, selain di Padang Besar.
Penulis berkesempatan melihat karpet awam yang menakjubkan, baru-baru ini.
Ketika menghampiri kawasan itu, ramai pengunjung ke kawasan berkenaan.
Panorama sungguh menakjubkan menjadikan Perlis dikunjungi ramai.
Kelihatan ada pengunjung berbasikal atau berjoging menuju ke kawasan itu dan rata-rata teruja melihat 'awan karpet' yang tular sejak awal tahun lalu.
Sebaik tiba, kelihatan gumpalan awan yang terbentang luas bak permaidani melewati dua puncak Bukit Chabang.
Adiosss...Graciasss...!
Gumpalan corak awan terbentang juga dapat dilihat sehingga Empangan Timah Tasoh yang terletak 16.2 kilometer dari kawasan itu.
Disebabkan Perlis tiada banyak bangunan pencakar langit dan amat kurang pencemaran udara jadi awan karpet ini mudah terbentuk.
Wednesday, June 1, 2022
Sambutan Raya Aidil Fitri Kelab Media KAMI@Masjid Seberang Takir.
31 MEI 2022.
Majlis sambutan hari raya Aidil Fitri Kelab Media KAMI di Dewan Galeri,Masjid Seberang Takir,semalam.
Terima kasih pada semua Ajk Panatia, PIC menu dari lapan kawasan, penyumbang menu individu dan tuan rumah kawasan Seberang Takir diatas kejayaan Majlis Hari Raya KAMI 2022.
Bagi saya kejayaan utama majlis bukanlah bergantung semata-mata kepada meriahnya majlis yang diadakan, namun kejayaan sebenar adalah bagaimana kita boleh bekerjasama dalam menjayakan program yang dirancang seperti sebelum kita mencapai kemenangan pada PRU lalu dengan penuh semangat ukhwah jamaah yang semakin kita rindui.
Alhamdulilah, akhirnya kita dapat merasai nikmatnya berjamaah sesama ahli KAMI dan semoga kita semua terus istiqamah di program yang akan datang.
Saya amat menghargai semua sumbangan anda. Kejayaan ini saya tujukan khas buat sahabat semua dan saya pohon maaf atas segalanya dan terima kasih sekali lagi buat semua yang menjayakan majlis Hari Raya KAMI 2022.
Ini adalah kejayaan kita semua. Ini kejayaan KAMI.
*Pengarah Majlis Hari Raya Kami 2022
#HarirayaKAMI2022
#KAMIbangkit
Adiosss...Graciasss...!!!
Thursday, May 26, 2022
PAS Terengganu Lahir di Dungun.
26 Mei 2022.
Sempena sambutan 70 tahun PAS peringkat Kawasan Dungun.
Di sinilah mulanya Cawangan Pas pada 1956 yang dulunya dipanggil sebagai Ranting Pas Dungun.
PAS Cawangan Dungun ditubuhkan di Madrasah az-Zainiyyah, Sura Gate, Dungun di bawah pimpinan Tuan Guru Haji Zainal Abidin Aman (Tok Guru Haji Bidin).
Dalam perjumpaan anjuran Pesuruhjaya PAS Kelantan dan Terengganu pada 6 Julai 1956 di Pondok Haji Bidin (Madrasah az-Zainiyyah), PAS Cawangan Dungun telah berjaya ditubuhkan. Tuan Guru Haji Bidin telah dilantik sebagai Yang Dipertua PAS Cawangan Dungun, bersama Ustaz Ngah Mohamad (Naib Yang Dipertua), Isa Abdullah (Setiausaha), Syed Hussein Tuan Kechik (Bendahari), Cikgu Muda Salleh (Ketua Ulamak), Kapten Abdul Majid Awang (Ketua Pemuda), Abu Hitam, Musa Yusof, Salleh Mohd Zain, Engku Mohamad Wok, Ngah Sulong, Mat Abdullah, Ustaz Wan Abbas Abdullah dan Hashim Jais sebagai Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Cawangan Dungun. Mereka menjadi perintis kepada perkembangan PAS di Terengganu.
Dengan harapan dan doa agar Pas terus maju ke hadapan dan diberi mandat oleh rakyat untuk sama-sama merasai kesejahteraan yang dibina.
#sut70
#PASkawasanDungun
#TeguhPertahan
Adiosss...Graciasss...!!!
Sambutan Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Negeri Terengganu.
26 Mei 2022 I Kuala Terengganu.
Majlis sambutan Rumah Terbuka Eidul Fitri PAS Negeri Terengganu di Dataran Khairunnisa,Jln Sultan Omar, Kuala Terengganu.
Presiden PAS, YAB Tan Sri Dato'Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang hadir meraikan sambutan rari raya ini.
Turut sama Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, YB Senator Dato' Haji Hussin Awang dan Ajk Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu.
Majlis meriah dengan kehadiran pengunjung dari pelbagai kaum menikmati pelbagai juadah yang disediakan.
Tuesday, May 24, 2022
Sambutan Hari Raya DUN Bukit Besi.
24 Mei 2022.
Majlis sambutan Hari Raya DUN Bukit Besi di Dataran Balora,Bandar Al Muktaffi Billah Shah pagi ini.
Istimewanya sambutan pada tahun in dengan kehadiran Menteri Besar Terengganu, YB Dato'Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.Beliau turut menyampaikan pemilikan tanah terkilan kepada penduduk AMBS.
Pelbagai juadah disediakan buat pengunjung rumah terbuka ini.Antara yang istimewa adalah kambing golek yang menarik perhatian ramai.
Adiosss...Graciasss...!!!