Thursday, December 22, 2016

Cameron Highland...Here I Come Again!

  Perjalanan dari rumah pada jam 9.15 pagi,18 dec 2016 meredah highway LPT2 ke Tasik Kenyir tidaklah begitu mencabar.Perjalanan amat selesa melalui bandar Kuala Berang dan perkampungan di sepanjang jalan tersebut.Dari persimpangan Tasik Kenyir ke Pengkalan Gawi hujan turun renyai-renyai namun cuaca amat baik.
  Perjalanan agak mencabar bila melalui Jalan Tasik Kenyir ke Felda Aring.Jalan berlubang-lubang pecah akibat hujan.Sepanjang perjalanan terdapat juga tanah runtuh akibat hakisan tanah dan hujan lebat sekali-sekala.Namun pemandangan di tepian Tasik Kenyir ini amat mengasyikkan.



                                    

                                    
                         

                                     
                            Sempat berhenti untuk merakam gambar keindahan Tasik Kenyir.

   Perjalanan diteruskan dari Felda Aring ke Felda Chiku untuk keluar ke jalan utama Kuala Krai-Gua Musang.Sampai di Gua Musang dan singgah untuk rehat dan solat di Surau Taman Indah,jam menunjukkan waktu 2 petang.Teruskan perjalanan meredah jajaran banjaran Titiwangsa Pos Blau ke Pos Brooke dan seterusnya ke Cameron Highland.






 



   Jam 5 petang tiba di Kg.Raja dan singgah untuk menikmati permandangan indah ladang teh Cameron Valley serta membeli sedikit teh untuk dibawa pulang.






   Lewat petang tiba di Marina Chalet untuk berehat dan melepas penat selepas seharian memandu.Keesokannya meronda di sekitar ladang strawberry di Taman Sedia sambil menghirup teh dan makan nasi lemak cameron.






  Banyak tempat-tempat menarik yang sempat dilawati namun keterbatasan ruang untuk menulis memaksa diri ini berkongsi gambar sahaja untuk dilihat.Semoga menjadi tempat pilihan untuk bercuti di masa akan datang.














Itu sajer yang dapat share untuk trip kali ni...jarak perjalanan pergi dan balik 762 km !
  Adiosss...Graciasss...!!!
 

Saturday, December 3, 2016

Nikonclub...I am on a mission,Kota Bharu.

 Nikonclub event...I am on a mission di Perkarangan Rumah Kraf,Kota Bharu,Kelantan pada 2 Disember 2016 yang lalu.Walaupun hujan renyai-renyai,event ini tetap diteruskan demi kepuasan fotografer yang hadir.
 Seramai 3 orang model disediakan untuk dishoot oleh para fotografer.
  





Hampir 3 jam masa diperuntukkan untuk sessi kali ini.Semua fotografer berpuashati dengan goodies masing-masing.Event tamat jam 5.30 petang dengan seribu kenangan di bawa pulang.

Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, October 22, 2016

Jelajah Malaysia 2016.

Jelajah Malaysia 2016 sudah sampai ke penghujungnya.Stage 5 bermula di Kemaman  melalui Kijal,Paka,Dungun,Marang dan berakhir di Dataran Shahbandar,Kuala Terengganu.Penulis sempat merakam beberapa keping foto di sprint point di Dungun.Dengan cuaca mendung sepanjang hari...tentunya para pelumba dapat mengurangkan tekanan perlumbaan di sepanjang jalan pantai ini.














Adiosss...Graciasss...!!!

Friday, September 23, 2016

Nature Landscape...!

   Pokok rhu condong di Seberang Pintasan sering menjadi subjek/port untuk fotografer merakam keindahan matahari terbit.
   Lihatlah betapa indahnya matahari pagi yang dirakamkan di sini.






.


Keindahan pagi di sini memang tidak mengecewakan...!
Adiosss...Graciasss...!

Wednesday, August 31, 2016

Sambutan Kemerdekaan Peringkat Negeri Terengganu.

 Sambutan kemerdekaan peringkat Negeri Terengganu yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan berakhir di Pentas Awam Pantai Batu Buruk.Pelbagai kontigen dari jabatan kerajaan dan swasta yang menyertai perbarisan dan perarakan ini.Perarakan bermula seawal jam 7.00 pagi di Stadium Sultan Ismail dan berarak di hadapan Wisma Darul Iman dan melalui Jalan Sulaiman ke Bulatan Batu Bersurat seterusnya ke Pantai Batu Buruk.
  Sambutan ini menarik perhatian ribuan rakyat di sepanjang laluan ini.



















Sebelah petang diadakan perarakan bot penambang dengan kibaran Jalur Gemilang di muara Sg. Terengganu mengelilingi Pulau Ketam.








   Adiosss...Graciasss...!!!