Perjalanan agak mencabar bila melalui Jalan Tasik Kenyir ke Felda Aring.Jalan berlubang-lubang pecah akibat hujan.Sepanjang perjalanan terdapat juga tanah runtuh akibat hakisan tanah dan hujan lebat sekali-sekala.Namun pemandangan di tepian Tasik Kenyir ini amat mengasyikkan.


Sempat berhenti untuk merakam gambar keindahan Tasik Kenyir.
Perjalanan diteruskan dari Felda Aring ke Felda Chiku untuk keluar ke jalan utama Kuala Krai-Gua Musang.Sampai di Gua Musang dan singgah untuk rehat dan solat di Surau Taman Indah,jam menunjukkan waktu 2 petang.Teruskan perjalanan meredah jajaran banjaran Titiwangsa Pos Blau ke Pos Brooke dan seterusnya ke Cameron Highland.
Jam 5 petang tiba di Kg.Raja dan singgah untuk menikmati permandangan indah ladang teh Cameron Valley serta membeli sedikit teh untuk dibawa pulang.
Lewat petang tiba di Marina Chalet untuk berehat dan melepas penat selepas seharian memandu.Keesokannya meronda di sekitar ladang strawberry di Taman Sedia sambil menghirup teh dan makan nasi lemak cameron.
Banyak tempat-tempat menarik yang sempat dilawati namun keterbatasan ruang untuk menulis memaksa diri ini berkongsi gambar sahaja untuk dilihat.Semoga menjadi tempat pilihan untuk bercuti di masa akan datang.
Itu sajer yang dapat share untuk trip kali ni...jarak perjalanan pergi dan balik 762 km !
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment