Saturday, March 5, 2016

Kegemilangan Bukit Puteri.

Bukit Puteri, Kuala Terengganu, merupakan sebuah bukit kecil (tinggi 200 m) yang lokasinya strategik di muara Sungai Terengganu. Asal nama Bukit Puteri ini tidak dapat dikesan tetapi dalam persejarahan Terengganu ada dinyatakan Bukit Puteri itu telah pun wujud sejak abad Ke-16 lagi. Di atasnya terletak sebuah kota kecil, dibina awal kurun ke-19, semasa zaman pemerintahan Sultan Mansur II (1831-1836), Sultan Muhamad I (1836-1839) dan Sultan Umar (1839-1876) sebagai benteng kubu pertahanan yang digunakan untuk mempertahan raja-raja Terengganu daripada serangan musuh. Sehubungan dengan itu suatu usaha sedang giat dijalankan untuk mempromosi kembali kegemilangan kota ini kepada pelancong dan pelawat luar.Usaha ini giat dilakukan oleh Kelab Karyawan Lensa Terengganu dengan kerjasama dari Suktra,Persima dan PSSGK Gayung Dalam dan dinaungi oleh Tourism Terengganu.Program dimulakan pada tarikh 5 Mac 2016 dengan persembahan seni silat gayung dan busana melayu silam. Persembahan muzik melayu lama juga diadakan untuk pengunjung Bukit Puteri ini. Pelawat juga diberi peluang bergambar dengan model busana melayu silam. Program akan berjalan sepanjang tahun untuk mempromosikan kembali Tahun Melawat Terengganu 2017. Semoga usaha murni ini membuahkan hasil yang membanggakan. Adiosss....Graciasss...!!!

No comments:

Post a Comment