Monday, September 18, 2017

Festival Kenyir-Kenyir Photofest 2017.

  Festival Kenyir. 
   Kenyir Photofest 2017 anjuran KETENGAH dengan kerjasama Amazing Terengganu  yang berlangsung selama 4 hari bermula 14-17 September 2017 meninggal kenangan yang manis buatku.Penat berkampung 3 hari 2 malam di Kuala Berang berbaloi apabila diumumkan salah seorang pemenang dalam pertandingan ini.
    Hari Sabtu menaiki bot laju ke Santuari Kelah dan Air Terjun  Sungai Lasir untuk merakam gambar untuk pertandingan ini.Banyak panorama indah yang dirakam di sekitar Tasik Kenyir ini antaranya panorama air terjun,tunggul-tunggul kayu yang bercacangan, houseboat yang sedang belayar,titian dan jambatan gantung ke santuari kelah. 






                                                 kredit gambar : Amazing Terengganu 






   Seterusnya kami berkejar ke Air Terjun Lasir untuk memotret pemandangan indah di sini.
Banyak houseboat yang sedang berlabuh di sini dan membawa pengunjung mandi manda.Perjalanan dari santuari kelah ke sini hanya 30 minit sahaja.













Selepas puas merakam keindahan air terjun ini,kami pulang ke Pengkalan Gawi.Antara pemandangan indah sepanjang perjalanan pulang yang sempat dirakamkan.




Tiba hari pengumuman pemenang Kenyir Photofest 2017 di pentas utama Pengkalan Gawi.Antara pemenangnya tertera di gambar ini.











Adiosss...Graciasss...Jumpa lagi di lain waktu!

Monday, July 17, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Peteq Terengganu.

   Majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi Merakam Pengalaman@Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 diadakan di Terrapuri Heritage Village,Kg.Mangkuk,Setiu 50 km dari bandar Kuala Terengganu.Pertandingan berlangsung dari 24 Februari hingga 30 April 2017 yang lalu.Sebanyak 3 kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM 14,100.00.

Poster Pertandingan.

  Pertandingan fotografi anjuran Tourism Terengganu ini diuruselia oleh Amazing Terengganu dengan kerjasama Karyawan Lensa Terengganu (KLT) .Peserta diberi tempoh 2 bulan lebih untuk mencari gambar bagi setiap kategori yang dipertandingan.
      Pada hari ini 15 Julai 2017,segala pencarian peserta terjawab dengan majlis penyampaian hadiah ini.Penat lelah fotografer selama ini hilang dalam senyum riang yang tak terkata.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah disampaikan oleh Pengarah Pelancongan  Negeri Terengganu,Tun Ahmad Faizal bin Tun Abdul Razak dan diiringi oleh Puan Zaliha,Pengarah Tourism Malaysia cawangan Terengganu.



Pemenang hadiah utama


Antara pemenang saguhati yang menerima hadiah masing-masing.

Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan santai namun meriah dengan gelagat fotografer yang humble dan penuh keakraban.Ada fotografer yang datang dari Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Pahang dan Kelantan disamping fotografer tempatan.


Penulis juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini dan berpuashati memenangi hadiah saguhati dalam kategori tempat ikonik & bersejarah.



Bersama rakan Kelab Karyawan Lensa Terengganu.

Difahamkan seramai 85 orang telah menghantar penyertaan mereka dalam pertandingan tahun ini.Pertandingan ini diadili oleh dua orang juri proffesional iaitu saudara Yaman Ibrahim dan Dr.Ali Shamsul Bahar serta seorang juri dari Tourism Terengganu.Keputusan juri adalah muktamad.
Selepas majlis penyampaian hadiah dan bergrup foto ,sedikit jamuan ringan disediakan oleh penganjur.Seribu satu macam kenangan terpahat di sanubari pada hari ini...!

                                                         
                                                           Foto oleh Robi Obie


Jamuan ringan dari penganjur.
Foto oleh Amazing Terengganu.



Pameran foto peserta pertandingan.

Selesai sudah majlis pada hari ini...!
Jumpa lagi di tahun depan...!

Adiosss...Gracias...!!!


Tuesday, April 25, 2017

Menyusuri Sg.Terengganu dengan Bot Penambang.

   Cuaca panas terik hari ini tidak mematah semangat untuk menyusuri Sg.Terengganu dengan bot penambang Seberang Takir.Riadah bersama Amazing Terengganu memupuk semangat persahabatan antara fotografer yang mengikuti aktiviti ini.



Jeti Seberang Takir.

Hasrat mencari stok foto Peteq Terengganu digunakan sepenuhnya dalam aktiviti hari ini.Bot yang dinanti sudah menjengah tiba.Dua buah bot disewa untuk membawa pengemar aktiviti ini.



Kami dibawa menyusuri Sg.Terengganu bermula dari Jeti Seberang Takir melalui bawah Jambatan Sultan Mahmud ke Taman Tamadun Islam mengelilingi Pulau Ketam dan seterusnya balik ke jeti.Perjalanan mengambil masa satu jam setengah.






Sekembali ke daratan kami dibawa pula ke perusahaan membuat batik di rumah Pak Rashid,Seberang Takir.Nasib kami agak baik beliau sedang membuat kerja batik walaupun waktu dah pun tengah hari.Kami diberi penerangan proses membuat batik step by step sehingga proses menjemur batik.Kami tidak lupa untuk mengambil beberapa keping gambar perusahaan batik beliau.









Aktiviti pencarian tamat di sini...jumpa lagi dilain waktu!

Adiosss...Graciasss...!!! 

Tuesday, February 14, 2017

Seni Pertukangan Sarung Keris dan Senjata Melayu.

   Keris adalah lambang kehebatan senjata Melayu lama.Namun tidak ramai yang mampu membuatnya.Generasi muda pada hari ini semakin tidak berminat dengan warisan Melayu ini.Lantaran itu Ahmad Shukri b. Long atau lebih dikenali Pak Awang dari Kampung Ladang Titian,Kuala Terengganu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan tradisi ini supaya tidak ditelan zaman.
   Berbekalkan kemahiran dan kepandaian membuat keris,beliau membuka bengkel seni ketukangan sarung keris dan senjata melayu bersebelahan rumahnya di Kampung Ladang Titian.







   Usaha ini sedikit sebanyak membantu mengekalkan kesinambungan warisan tradisi ini supaya kekal dalam kepesatan pembangunan hari ini.Beliau yang berpengalaman lebih dari 30 tahun dalam pembuatan sarung keris dan senjata melayu ini.Beliau menceburi bidang ini ketika berusia 18 tahun membuat sarung keris dan parang dari warisan ayahnya. Antara sarung dan hulu keris buatannya adalah dari jenis kayu kemuning dan kayu angsana.







   Setakat ini beliau hanya bersendirian mengusahakan bengkel ini tanpa seorang pembantu pun.Beliau amat berharap sekiranya ada generasi muda atau pihak-pihak yang tertentu yang berminat untuk mempelajari warisan ketukangan ini.Harapannya semoga seni ketukangan ini akan dapat dikekalkan dan dimajukan lagi di masa hadapan.
   Kepada yang berminat untuk memiliki hasil kesenian sarung keris dan parang bolehlah berhubung dengannya di gambar yang tertera di bawah ini.





                                                    Foto ehsan Junaidi Timor.


  Terima kasih atas info Karyawan Lensa Terengganu.   
 
    Adiosss...Graciasss...!!!