Monday, July 17, 2017

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Fotografi Peteq Terengganu.

   Majlis penyampaian hadiah pertandingan fotografi Merakam Pengalaman@Terengganu sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 diadakan di Terrapuri Heritage Village,Kg.Mangkuk,Setiu 50 km dari bandar Kuala Terengganu.Pertandingan berlangsung dari 24 Februari hingga 30 April 2017 yang lalu.Sebanyak 3 kategori dipertandingkan dengan hadiah keseluruhan bernilai RM 14,100.00.

Poster Pertandingan.

  Pertandingan fotografi anjuran Tourism Terengganu ini diuruselia oleh Amazing Terengganu dengan kerjasama Karyawan Lensa Terengganu (KLT) .Peserta diberi tempoh 2 bulan lebih untuk mencari gambar bagi setiap kategori yang dipertandingan.
      Pada hari ini 15 Julai 2017,segala pencarian peserta terjawab dengan majlis penyampaian hadiah ini.Penat lelah fotografer selama ini hilang dalam senyum riang yang tak terkata.
Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang bertuah disampaikan oleh Pengarah Pelancongan  Negeri Terengganu,Tun Ahmad Faizal bin Tun Abdul Razak dan diiringi oleh Puan Zaliha,Pengarah Tourism Malaysia cawangan Terengganu.



Pemenang hadiah utama


Antara pemenang saguhati yang menerima hadiah masing-masing.

Majlis berlangsung dalam suasana ringkas dan santai namun meriah dengan gelagat fotografer yang humble dan penuh keakraban.Ada fotografer yang datang dari Kuala Lumpur,Pulau Pinang,Pahang dan Kelantan disamping fotografer tempatan.


Penulis juga tidak ketinggalan menyertai pertandingan ini dan berpuashati memenangi hadiah saguhati dalam kategori tempat ikonik & bersejarah.



Bersama rakan Kelab Karyawan Lensa Terengganu.

Difahamkan seramai 85 orang telah menghantar penyertaan mereka dalam pertandingan tahun ini.Pertandingan ini diadili oleh dua orang juri proffesional iaitu saudara Yaman Ibrahim dan Dr.Ali Shamsul Bahar serta seorang juri dari Tourism Terengganu.Keputusan juri adalah muktamad.
Selepas majlis penyampaian hadiah dan bergrup foto ,sedikit jamuan ringan disediakan oleh penganjur.Seribu satu macam kenangan terpahat di sanubari pada hari ini...!

                                                         
                                                           Foto oleh Robi Obie


Jamuan ringan dari penganjur.
Foto oleh Amazing Terengganu.



Pameran foto peserta pertandingan.

Selesai sudah majlis pada hari ini...!
Jumpa lagi di tahun depan...!

Adiosss...Gracias...!!!


No comments:

Post a Comment