Wednesday, March 21, 2018
Ekspedisi ke Pos Hau,Gua Musang.
Berpeluang menyertai rombongan dakwah ke pos orang asli di Pos Hau,Gua Musang pada 20 Mac 2018 hari Selasa yang lalu.
Rombongan diketuai oleh Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,YB Dato' Haji Che Mohd Rahim Bin Haji Jusoh dan Puan Noorlailawati Mamat, Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Dakwah,JAHEAIK.
Rombongan bertujuan untuk meninjau dan mengenal pasti lokasi pembinaan masjid untuk kegunaan penduduk orang asal di Pos Hau,Gua Musang.
Pelbagai agensi berkaitan terlibat dalam usaha pembinaan masjid ini.Kor Kejuruteraan,Angkatan Tentera Malaysia akan membantu membina masjid ini.
Lawatan tapak dan perbincangan antara agensi terlibat.
Antara kaum orang asli di sini.
Antara keindahan Gua Musang.
Insya Allah jika diberi peluang...akan kembali lagi ke sini.
Adiosss...Graciasss...!!!

Monday, March 5, 2018
Vietnam Tour...Good Bye Ho Chi Minh City!
Kami check out hotel seawal jam 6 pagi waktu Vietnam untuk ke lapangan terbang bagi mengelakan kesesakan lalulintas di waktu pagi.Semua barang sudah dikeluarkan dan dimasukan ke dalam perut bas.
Penerbangan awal jam 9.30 pagi waktu Vietnam ke KLIA.Seawal pagi,lapangan terbang penuh sesak dengan pengguna dan pelancung yang ingin keluar dari Vietnam
Jam 9.30 pagi pesawat Air Asia sudah sedia menunggu penumpang untuk masuk ke perut kapal terbang.Hampir pukul 10.00 pagi barulah pesawat Air Asia itu berlepas.Sempat juga merakamkan keindahan bumi Indochina dari udara.Amat menakjubkan dengan kepulan awan kecil yang memutih.
Dalam perjalanan kami disajikan sarapan nasi lemak yang enak beserta minuman.Hilanglah rasa lapar ketika keluar dari hotel tanpa sarapan pagi.Pesawat mendarat di KLIA pada pukul 12.20 tengahari dengan selamat setelah hampir 2 jam di udara.
Penerbangan seterusnya dari KLIA ke Kuala Terengganu pada pukul 4.25 petang.Antara keindahan yang sempat dirakamkan ketika di udara KLIA dan Terengganu.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Nerus pada jam 5.25 petang dan terus check out bagasi dan pulang dengan seribu memori kenangan.
Jumpa lagi di lain waktu...!
Adiosss...Graciasss...!!!
Penerbangan awal jam 9.30 pagi waktu Vietnam ke KLIA.Seawal pagi,lapangan terbang penuh sesak dengan pengguna dan pelancung yang ingin keluar dari Vietnam
Selepas mengeluarkan barang-barang dari perut bas,kami bergegas check in bagasi dan boarding di ruang menunggu.
Jam 9.30 pagi pesawat Air Asia sudah sedia menunggu penumpang untuk masuk ke perut kapal terbang.Hampir pukul 10.00 pagi barulah pesawat Air Asia itu berlepas.Sempat juga merakamkan keindahan bumi Indochina dari udara.Amat menakjubkan dengan kepulan awan kecil yang memutih.
Dalam perjalanan kami disajikan sarapan nasi lemak yang enak beserta minuman.Hilanglah rasa lapar ketika keluar dari hotel tanpa sarapan pagi.Pesawat mendarat di KLIA pada pukul 12.20 tengahari dengan selamat setelah hampir 2 jam di udara.
Penerbangan seterusnya dari KLIA ke Kuala Terengganu pada pukul 4.25 petang.Antara keindahan yang sempat dirakamkan ketika di udara KLIA dan Terengganu.
Selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Mahmud,Kuala Nerus pada jam 5.25 petang dan terus check out bagasi dan pulang dengan seribu memori kenangan.
Jumpa lagi di lain waktu...!
Adiosss...Graciasss...!!!
Vietnam Tour-Day 2.
Kembara hari ketiga keluar dari bandar Ho Chi Minh menuju ke Sungai Mekong untuk menyusuri sungai ke pusat memelihara lebah dan pusat kraftangan berasaskan pokok kelapa.Sesampai kami ke sana,kami dijamu dengan air madu dan buah-buahan potong oleh pengusaha di situ.
Sampai di jeti bas sudah menunggu kami untuk di bawa pulang ke hotel penginapan di Ho Chi Minh City yang 2 jam perjalanan dari sini.Sampai di hotel kami diberi masa mengurus diri selama 30 minit untuk makan malam terakhir di Benh Thanh sebelum balik ke Malaysia esok pagi.
Kami juga dibawa menaiki kereta kuda dan menyusuri sungai bakau dengan perahu yang didayungi oleh wanita Vietnam.Sungai agak sesak akibat paras air yang agak surut.
Kami terus dihantar ke bot yang sudah menunggu di muara sungai.Setelah kepenatan kami dihidangkan dengan air kelapa muda yang segar oleh pengusaha bot tersebut.
Sampai di jeti bas sudah menunggu kami untuk di bawa pulang ke hotel penginapan di Ho Chi Minh City yang 2 jam perjalanan dari sini.Sampai di hotel kami diberi masa mengurus diri selama 30 minit untuk makan malam terakhir di Benh Thanh sebelum balik ke Malaysia esok pagi.
Sebelum tidur segala persiapan sudah dibuat untuk check out awal pagi esok.Kami kena bertolak awal ke lapangan terbang untuk mengelak kesesakan lalulintas.
Adiosss...Graciasss...!!!
Vietnam Tour-Day 1.
Seawal selepas sarapan pagi di Restoran Hj.Musa Kareem,Ben Thanh,kami dibawa melawat sekitar bandar Ho Chi Minh City.Kami dibawa melawat Muzium Pejabat Pos,Muzium Perang dan Dataran Merpati.
Menjelang tengahari kami di bawa membeli belah di Jubah Wholesale dan Linda Wholesale.Banyak kain pasang,baju sembahyang wanita,jubah,tudung dan baju melayu serta kurta terdapat di sini.
Kami solat Jumaat di Kampung Melayu Champa.
Kami kembali ke hotel penginapan dan berehat sebentar untuk makan malam pula dan kembali merayau-rayau di pasar malam Benh Thanh.
Adiosss...Graciasss...!
Menjelang tengahari kami di bawa membeli belah di Jubah Wholesale dan Linda Wholesale.Banyak kain pasang,baju sembahyang wanita,jubah,tudung dan baju melayu serta kurta terdapat di sini.
Kami kembali ke hotel penginapan dan berehat sebentar untuk makan malam pula dan kembali merayau-rayau di pasar malam Benh Thanh.
Adiosss...Graciasss...!
Vietnam Tour 2018
Vietnam Tour 2018 anjuran Kelab Guru DESSO, 01-04 March 2018 yang lalu.Semua peserta berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 11.00 pagi dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengahari.Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke KLIA.
Setelah memunggah beg,semua terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang untuk berlepas ke Ho Chi Minh.Dari KLIA ke Ho Chi Minh ,masa penerbangan sekitar 1 jam 45 minit.
Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hao Binh,Ho Chi Minh pada jam 9.00 malam.
Selepas check out dari airport kami di bawa ke penginapan di Phuong Benh Thanh dan makan malam di Restoran Hj.Musa Kareem.Kami di bawa meninjau pasar malam Benh Thanh yang penuh sesak pelancong dari Malaysia.
Tubuh terasa amat penat dalam perjalanan yang agak panjang, kami tidur awal di Hotel Xavier.

Subscribe to:
Posts (Atom)