Monday, March 5, 2018

Vietnam Tour 2018

  Vietnam Tour 2018 anjuran Kelab Guru DESSO, 01-04 March 2018 yang lalu.Semua  peserta berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Mahmud jam 11.00 pagi dan terbang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengahari.Perjalanan mengambil masa 45 minit untuk sampai ke KLIA.
  Setelah memunggah beg,semua terpaksa menunggu sehingga jam 6.30 petang untuk berlepas ke Ho Chi Minh.Dari KLIA  ke Ho Chi Minh ,masa penerbangan sekitar 1 jam 45 minit. 





    
  Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Hao Binh,Ho Chi Minh pada jam 9.00 malam.




   Selepas check out dari airport kami di bawa ke penginapan di Phuong Benh Thanh dan makan malam di Restoran Hj.Musa Kareem.Kami di bawa meninjau pasar malam Benh Thanh yang penuh sesak pelancong dari Malaysia.






      Tubuh terasa amat penat dalam perjalanan yang agak panjang, kami tidur awal di Hotel Xavier.


Adiosss...Graciasss...!!!

No comments:

Post a Comment