Monday, October 28, 2019

Trip to Batam Island...24-27 Oktober 2019.

   Perjalanan menaiki van membelah Highway LPT 2 ke Kuantan menjelang dinihari amat memenatkan.Mana tidaknya...hanya tidur-tidur ayam dan adakalanya bersengkang mata melihat suasana keliling yang gelap gelita.
   Sesekali van berhenti untuk penumpang membuang air kecil dan membasuh muka.Adakala hujan menjengah tiba dalam perjalanan dari Kuantan ke Rompin.Singgah di sebuah restoran di Pekan Endau untuk menikmati secawan kopi untuk menceriakan mata sebelum menyambung kembali perjalanan ke Kota Tinggi. 
   Hampir 10 jam perjalanan baru nak menjengah Kota Tinggi...singgah menunaikan solat subuh di sebuah surau tepian jalan.Sarapan pagi di restoran Taman Saujana Kota Tinggi untuk mengalas perut yang kosong sejak semalam lagi.
   Kenyang dan segar...itulah perkataan yang keluar apabila perut sudah terisi!Perjalanan mesti diteruskan untuk sampai ke pelabuhan feri sebelum tengahari.Kami sampai ke Jeti Stulang Laut pada jam 8.30 pagi dan bergegas ke kaunter tiket untuk check in ke Pulau Batam.Kami bernasib baik kerana tiket masih ada dan ada sedikit masalah kepada salah seorang ahli grup kami yang passportnya hampir tamat tempoh.Kami terpaksa check in dahulu sementara urusannya diselesaikan oleh seorang lagi kru kami.

                                     

   Kami tiba di Pelabuhan Batam pada jam 2.00 petang dan check in di Hotel Hill Batam selama 3 hari 2 malam.Selepas check in kami di bawa ke Restoran Arai Pinang untuk menikmati hidangan makan tengahari.Bermacam lauk pauk disediakan untuk kami yang pastinya lazat memikat. 


 

 

                                               
   Hari Sabtu kami dibawa sarapan pagi di Restoran Morning Bakery di bandar Batam.Banyak menu pilihan citarasa padang dan melayu Indonesia terdapat di sini.Ada nasi lemak,mee soto,lontong,masakan panas dan bermacam jenis roti dan kek.



Selesai sarapan pagi pak supir membawa kami melawat tempat pembuatan kek tersohor dan menyaksikan pertunjukan kebudayaan masyarakat di sini.Kemudian seterusnya melawat ke sebuah masjid bersejarah di sini iaitu Masjid Cheng Ho.Selepas tengahari di bawa ke pusat membeli belah di Nagoya Mall untuk shopping serta membeli kek batam yang enak.




Puas menjelajah disiang hari,malamnya kami dibawa menikmati makan malam seafood di sebuah restoran di tepian laut.Tidak dapat dipastikan tempatnya memandangkan malam yang agak gelap.Memang ramai pengunjung dan boleh dikatakan full house dan terpaksa menunggu pelanggan yang habis makan dahulu.



   Tiba masa yang berat hati untuk meninggalkan Pulau Batam ini.Namun apakan daya masa akan memisahkan kita.Sampai masa kami untuk check out dan meninggalkan Pulau Batam dengan seribu kenangan.

 
 Di Pelabuhan Batam Harbour Bay sempat lagi menghabiskan saki baki mata wang Indon dan membeli sedikit goodies untuk bekalan dalam perlayaran pulang.Sempat juga posing beberapa keping gambar kenangan sebelum check in ke dalam feri.




Feri mula bergerak meninggalkan jeti ke lautan lepas dan meninggalkan segala kenangan di bumi Batam.Perjalanan mengambil masa selama 2 jam untuk sampai ke Jeti Stulang Laut,Johor.Mentari agak panas pada hari ini namun ombak agak perlahan walaupun angin begitu kuat.Cuaca amat baik dengan panorama langit membiru yang mengasyikkan. 





      Pelayaran menjadi semakin sibuk bila menghampiri sempadan laut antarabangsa.Berpuluh-puluh kapal dagang sedang menggunakan perairan ini untuk ke destinasi mereka.Bukan sahaja kapal dagang...kapal terbang pun sibuk melalui ruang udara di sini.Melalui Selat Johor dapat dilihat industri  minyak dan perkapalan begitu rancak dijalankan.Dermaga dan dockyard kapal penuh dengan aktiviti pembaikan kapal.
      Aktiviti perikanan juga rancak di sini.Nelayan pantai dan penternakan ikan dalam sangkar amat sinonim di sini.





Tiba di Pelabuhan Stulang Laut pada jam 4.00 petang dalam cuaca mendung dan hujan renyai-renyai.Selepas check out di balai ketibaan tanpa membuang masa terus menaiki van yang sedia menunggu untuk pulang ke destinasi masing-masing.Hujan semakin lebat dalam perjalanan melalui Lebuhraya Utara-Selatan arah Machap dan keluar di Yong Peng Selatan.Seterusnya melalui Lebuhraya Segamat - Gambang dan tiba di rumah pada jam 2.00 pagi.Perjalanan tamat di sini...!



Adiosss...Graciasss....!!!                                                                                                    


No comments:

Post a Comment