Saturday, February 22, 2020

Kelas Editing Fotografi bersama Founder Lensa Hijau.

22 Februari 2020  I  Sabtu.

    Kelas editing fotografi anjuran Lensa Hijau di Bangunan TD 1303 Kg. Ladang disampaikan oleh Founder Lensa Hijau,  Hishamuddin Abdullah.Beliau adalah fotografer rasmi MB Terengganu dan Presiden PAS serta Malaysian Football League ( MFL ).
  Kehadiran peserta hampir 20 orang terdiri dari peringkat umur dan profesion.Peserta diajar secara asas penggunaan perisian Photoshop,RAW proses untuk landscape,teknik cropping dan tone colour.
  Istimewanya kelas ini bayaran hanya seikhlas hati.




TD 1303 Ladang.







Kelas diadakan pada pukul 9.00 pagi dan tamat 1.00 tengahari.

Adiosss...Graciasss...!!!



Sunday, February 9, 2020

Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera.

8 Februari 2020  l  Sabtu.

  Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran Drawbridge di hujung tanjung Kg. Seberang Takir pada petang Sabtu 8 Februari 2020,jam 6 petang hingga larut malam.Menghimpunkan 2 orang pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Abdul Somad dari Riau,Indonesia.



  Pusingan pertama Bicara Agama  Ustaz Kamaruzaman Abdullah bersama Daie Sejuta Ummah,Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dalam soal jawab agama.

   
Ribuan pencinta agama yang datang membanjiri Dataran Drawbridge untuk mendengar ceramah agama dari 2 orang tokoh agamawan ini.




Ustaz Mohd Nor Hamzah mewakili Menteri Besar Terengganu merasmikan himpunan ini selepas solat Isyak berjamaah.


Ustaz Abdul Somad menyampaikan ceramah agama walaupun dalam keadaan hujan lebat namun pendengar tidak berganjak dari tempat duduk.








Alhamdulillah...diberi tugasan untuk merakam himpunan ini untuk tatapan dan arkib.

Adiosss...Graciasss...!!!