Himpunan Daie Ummah Nusantara Terengganu Sejahtera di Dataran Drawbridge di hujung tanjung Kg. Seberang Takir pada petang Sabtu 8 Februari 2020,jam 6 petang hingga larut malam.Menghimpunkan 2 orang pendakwah tersohor Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Abdul Somad dari Riau,Indonesia.
Pusingan pertama Bicara Agama Ustaz Kamaruzaman Abdullah bersama Daie Sejuta Ummah,Al Fadhil Ustaz Azhar Idrus dalam soal jawab agama.
Ribuan pencinta agama yang datang membanjiri Dataran Drawbridge untuk mendengar ceramah agama dari 2 orang tokoh agamawan ini.
Ustaz Mohd Nor Hamzah mewakili Menteri Besar Terengganu merasmikan himpunan ini selepas solat Isyak berjamaah.
Ustaz Abdul Somad menyampaikan ceramah agama walaupun dalam keadaan hujan lebat namun pendengar tidak berganjak dari tempat duduk.
Alhamdulillah...diberi tugasan untuk merakam himpunan ini untuk tatapan dan arkib.
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment