Sunday, December 29, 2019

Short Vacay On The Go...Sungai Lembing.

25 Disember 2019  I  Rabu.

  Hari kedua,Rabu...perjalanan diteruskan ke Sungai Lembing sejauh 38 km mengambil masa 47 minit untuk sampai ke sana.Jalan agak berliku tidak stabil dan terpaksa memandu dengan berhati-hati.Kenderaan berat seperti lori balak dan lori pasir juga melalui jalan ini.

  Sampai ke destinasi ini agak lewat petang dan hanya dapat masuk ke dalam Muzium Sg.Lembing hanya setengah jam sahaja.Tiket dewasa hanya RM 2 seorang manakala warga emas hanyalah RM 1.
  Walaupun masa agak singkat namun dapatlah juga menghabiskan masa dalam galeri perlombongan ini dengan hati yang puas.Banyak maklumat dan sejarah awal perlombongan bijih di Sungai Lembing.  
  Pekan Sungai Lembing walaupun agak jauh dari kesibukan bandar namun masih ramai yang mengunjungi untuk menerokai alam semulajadinya.Banyak tempat yang menarik boleh dikunjungi antaranya Bukit Panorama,Jambatan Gantung,Air Terjun Jeram Pelangi dan Gua Charas. 

                    


Muzium Sungai Lembing di dalamnya terdapat pelbagai artifak dan barangan bersejarah yang bernilai tinggi.







Terowong bijih yang menghala ke bawah tanah.






Lukisan mural yang terdapat di sini mengambarkan suasana kedamaian.



Suasana di pekan Sungai Lembing.


Insya-Allah jika ada kesempatan akan berkunjung ke sini lagi...!

Adiosss...Graciasss...!!!

Friday, December 27, 2019

Short Vacay On The Go...Bandar Di Raja Pekan.

24 Disember 2019  I  Selasa.

    Short vacay on the go ke Bandar Di Raja Pekan dan Sungai Lembing dalam menghabiskan waktu cuti sekolah.Petang Isnin bertolak ke Taman Perumahan PASDEC di Chenderawasih sejauh 138 km mengambil masa 1 jam 30 minit melalui LPT 2,rumah Kak Milah menjadi destinasi pertemuan dan penginapan kami. 
  Dari Cenderawasih kami menghala ke Pekan melalui Jambatan Tanjung Lumpur di bandar Kuantan.Jarak perjalanan sejauh 49 km mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sana.Kami sampai hampir pukul 12 tengahari dan terus ke Muzium Sultan Abu Bakar.Kebetulan muzium ini ditutup sementara waktu untuk proses pembaikan dan menaiktaraf kemudahan.Jadi terpaksalah meninjau dari luar sahaja.
    




Selepas tengahari kami ke rumah kelahiran Tun Abdul Razak di Kompleks Budaya,Pulau Keladi,Pekan.Kami sempat meninjau di dalam rumah ini dan melihat barangan dalam rumah kelahiran ini.


   

   Tidak ketinggalan kami melawat pusat tenunan dan pembuatan songket pahang di sini
.Selepas solat zohor kami meninggalkan kompleks ini untuk makan tengahari dan pulang ke Kuantan.



Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, December 21, 2019

Nikon Z...Touch & Try.

21 Disember 2019  I  Sabtu

  Event Nikon Z...Touch & Try di Dewan Sumai Murni,Sumai Hotel Apartment di Batu Buruk pagi ini.Event dikendalikan oleh Lim Thian Leong dari Nikon Centre.Para pengguna boleh mencuba produk baru Nikon Z ini secara percuma hanya perlu membawa memori kad sahaja.
  Photo Talk juga disampaikan oleh panelis yang dibawa khas oleh Nikon Centre iaitu Mohd Rizal Ismail dari Kedah.Selepas sessi photo talk peserta dibawa untuk mencuba kehebatan Nikon Z yang kecil molek ini.
  Hasil dari kamera ini amat menarik sekali.Gambar yang begitu sharp dengan fokus yang laju dapat merakam pergerakan yang cepat.
                                                                            









Rata-rata peminat kamera amat berpuas hati dengan performance kamera kompak ini.Gambar yang dihasilkan amat detail dengan kontras warna yang menarik.Dengan body yang kecil dan ringan amat sesuai dibawa untuk travel dan mudah dikendalikan.

Adiosss...Graciasss...!!!


   

Thursday, December 19, 2019

Drawbridge...When Buscle Is Open.

19 Disember 2019  I  Selasa.

     Jambatan Angkat di buka untuk percubaan pada pagi ini jam 9.40 hingga 10.00 pagi.Orang ramai dipelawa hadir untuk melihat percubaan ini. 
  Alhamdulillah cuaca amat baik dan langit membiru ketika rakaman ini dilakukan.                                    







Bersama Lie_Vp dan Saharuddin Mamat merakam detik-detik jambatan angkat dibuka pagi ini.








Adiosss...Graciasss...!!!