Hari kedua,Rabu...perjalanan diteruskan ke Sungai Lembing sejauh 38 km mengambil masa 47 minit untuk sampai ke sana.Jalan agak berliku tidak stabil dan terpaksa memandu dengan berhati-hati.Kenderaan berat seperti lori balak dan lori pasir juga melalui jalan ini.
Sampai ke destinasi ini agak lewat petang dan hanya dapat masuk ke dalam Muzium Sg.Lembing hanya setengah jam sahaja.Tiket dewasa hanya RM 2 seorang manakala warga emas hanyalah RM 1.
Walaupun masa agak singkat namun dapatlah juga menghabiskan masa dalam galeri perlombongan ini dengan hati yang puas.Banyak maklumat dan sejarah awal perlombongan bijih di Sungai Lembing.
Pekan Sungai Lembing walaupun agak jauh dari kesibukan bandar namun masih ramai yang mengunjungi untuk menerokai alam semulajadinya.Banyak tempat yang menarik boleh dikunjungi antaranya Bukit Panorama,Jambatan Gantung,Air Terjun Jeram Pelangi dan Gua Charas.

Muzium Sungai Lembing di dalamnya terdapat pelbagai artifak dan barangan bersejarah yang bernilai tinggi.
Terowong bijih yang menghala ke bawah tanah.
Lukisan mural yang terdapat di sini mengambarkan suasana kedamaian.
Suasana di pekan Sungai Lembing.
Insya-Allah jika ada kesempatan akan berkunjung ke sini lagi...!
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment