Tahun baru 2020 menyaksikan kalendar baru sukan motocross Negeri Terengganu apabila Litar Pantai Kerteh dimasukkan dalam event baru kalendar motocross.Lokasi ini dipilih untuk pembukaan sukan ini pada tahun ini.Pelbagai pasukan dari seluruh negara datang berkampung di sini selama 2 hari.
Antara yang menyertai kejohanan motocross ini ialah selebriti Mentor,Black Hanifah dan krunya.
Black Hanifah sedang ditemuramah oleh penganjur.
Majlis perasmian dilakukan oleh YB Dun Kemasik,Ir. Saiful Azmi Suhaili pada sebelah petang.Beliau dibawa melawat paddock pelepasan dan berbual dengan peserta kejohanan.
Aksi-aksi menarik peserta motocross dalam mempamerkan kemahiran masing-masing.
Terima kasih kepada penganjur yang memberi peluang merakam aksi-aksi pada kejohanan ini.Semoga bersua di lain masa lagi...!
Adiosss...Graciasss....!!!
No comments:
Post a Comment