Short vacay on the go ke Bandar Di Raja Pekan dan Sungai Lembing dalam menghabiskan waktu cuti sekolah.Petang Isnin bertolak ke Taman Perumahan PASDEC di Chenderawasih sejauh 138 km mengambil masa 1 jam 30 minit melalui LPT 2,rumah Kak Milah menjadi destinasi pertemuan dan penginapan kami.
Dari Cenderawasih kami menghala ke Pekan melalui Jambatan Tanjung Lumpur di bandar Kuantan.Jarak perjalanan sejauh 49 km mengambil masa 45 minit untuk sampai ke sana.Kami sampai hampir pukul 12 tengahari dan terus ke Muzium Sultan Abu Bakar.Kebetulan muzium ini ditutup sementara waktu untuk proses pembaikan dan menaiktaraf kemudahan.Jadi terpaksalah meninjau dari luar sahaja.
Selepas tengahari kami ke rumah kelahiran Tun Abdul Razak di Kompleks Budaya,Pulau Keladi,Pekan.Kami sempat meninjau di dalam rumah ini dan melihat barangan dalam rumah kelahiran ini.
Tidak ketinggalan kami melawat pusat tenunan dan pembuatan songket pahang di sini
.Selepas solat zohor kami meninggalkan kompleks ini untuk makan tengahari dan pulang ke Kuantan.
Adiosss...Graciasss...!!!
No comments:
Post a Comment