Monday, March 28, 2022

Majlis Apresiasi Kepenggunaan YBTM PDNHEP bersama Media Terengganu.

 Majlis apresiasi kepenggunaan YBTM PDNHEP bersama Media Terengganu Di Hotel Paya Bunga semalam.

  Memulakan majlis,Presiden KAWAT, Encik Khairul Azlam Mohamad menyampai ucapan aluan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri dan tetamu yang hadir.

  YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid , Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP dan KPDNHEP Negeri Terengganu merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Kelab Wartawan Media Terengganu ( KAWAT ) serta rakan - rakan strategik dari Pengamal Media Negeri Terengganu atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Kementerian selama ini dan berharap keakraban dan kerjasama ini sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

 Majlis juga turut meraikan hari lahir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha KPDNHEP dalam majlis ini.

 Pengamal media dijamu dengan bermacam hidangan dan dianugerahkan sijil penghargaan dari Kementerian.

  Hadiah cabutan bertuah juga diberikan untuk memeriahkan majlis ini.

 Majlis tamat pada pukul 10.30 malam.


















Adiosss...Graciasss...!!!

Tuesday, March 22, 2022

Bandar Al Wathiqu Billah,Kuala Nerus.

 Bandar baharu dan pusat pentadbiran baharu Kuala Nerus mula beroperasi pada 22 Februari 2022 yang lalu.










Adiosss...Graciasss...!!!

Saturday, March 19, 2022

Tasik Puteri Bukit Besi.

 Keindahan Tasik Puteri,Bukit Besi yang pasti mengamit pengunjung untuk datang beriadah pada hujung minggu dan cuti umum.

Air yang membiru dengan segala kemudahan asas pasti menarik perhatian sesiapa yang datang melawatnya.







Adiosss...Graciasss...!!!


Friday, March 18, 2022

Dapur Rakyat Mangsa Banjir Kuala Berang.

 Dapur rakyat untuk mangsa banjir di Hulu Terengganu.

Demi kemanusiaan ,musibah banjir yang berlaku di Hulu Terengganu baru-baru ini menyentuh jiwa dan naluri insani untuk mengerakkan Misi Dapur Rakyat pada hari ini dengan penglibatan pelbagai NGO untuk kami agihkan makanan kepada 300 penduduk yang terjejas teruk akibat banjir yang tiada terduga.

Antara NGO yang terlibat dalam misi ini KAMI, Duyong Marina Resort, KT Care, GANTI, WAM Care,Yaman Care,YB Pokcik dan NR Cafe.

Moga ada kebaikan buat mereka...!











Adiosss...Graciasss...!!!


Wednesday, March 16, 2022

The Beautiful of Padang Maras.

 Keindahan waktu pagi di bendang padi Kampung Padang Maras,Kuala Nerus.







Adiosss...Graciasss...!!!









Tuesday, March 15, 2022

Eksplorasi Dabong 3 hari 2 malam

 Eksplorasi Dabong 3 hari 2 Malam dengan memandu kereta dari Kuala Terengganu melalui tepian Tasik Kenyir - Felda Aring - Felda Chiku - Sg. Sam - Dabong.

   Antara tempat yang sempat dikunjungi semestinya Stesen Keretapi Dabong, Kompleks Gua Ikan, Landmark Gunung Stong, Pondok Kenerung, Lata Kertas dan Kuala Gris.

   3 hari 2 Malam menginap di An Nur Guesthouse hampir 200 meter dari Stesen Keretapi Dabong.

  Plan on the go jangka pendek memang tidak cukup waktu untuk meneroka keindahan Dabong yang tersembunyi itu.Masih banyak lagi yang belum sempat diterokai sepenuhnya.Perlu masa yang agak panjang untuk ekspedisi seterusnya.

  Cukuplah sebagai suai kenal untuk warga TTD umumnya.Semoga menjadi yang pertama dan tidak terakhir untuk sampai ke sini lagi.

  Semoga jumpa lagi...!

  *** Terima kasih Blackharis Aiman atas tip & trip via whatapps yang banyak membantu memudahkan perjalanan ini.Terima kasih daun keladi...sehingga ketemu lagi 😀😀😄

















Adiosss...Graciasss...!!!