Monday, March 28, 2022

Majlis Apresiasi Kepenggunaan YBTM PDNHEP bersama Media Terengganu.

 Majlis apresiasi kepenggunaan YBTM PDNHEP bersama Media Terengganu Di Hotel Paya Bunga semalam.

  Memulakan majlis,Presiden KAWAT, Encik Khairul Azlam Mohamad menyampai ucapan aluan terima kasih kepada YB Timbalan Menteri dan tetamu yang hadir.

  YB Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Rosol Wahid , Unit Komunikasi Korporat KPDNHEP dan KPDNHEP Negeri Terengganu merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Kelab Wartawan Media Terengganu ( KAWAT ) serta rakan - rakan strategik dari Pengamal Media Negeri Terengganu atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan kepada Kementerian selama ini dan berharap keakraban dan kerjasama ini sentiasa ditingkatkan dari semasa ke semasa.

 Majlis juga turut meraikan hari lahir YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam Hj.Ahmad, Ketua Setiausaha KPDNHEP dalam majlis ini.

 Pengamal media dijamu dengan bermacam hidangan dan dianugerahkan sijil penghargaan dari Kementerian.

  Hadiah cabutan bertuah juga diberikan untuk memeriahkan majlis ini.

 Majlis tamat pada pukul 10.30 malam.


















Adiosss...Graciasss...!!!

No comments:

Post a Comment