Sunday, March 6, 2022

Projek Kertih Terengganu Industrial Park bernilai RM 680 Juta.

 Artikel : Khairul Azlam Mohamad.

  Foto : Wan Abd. Rahman.


KEMAMAN : Projek Kerteh Terengganu Industrial Park ( KTIP ) bernilai RM 680 juta akan dibangunkan di atas tanah seluas 1,007 ekar, dijangka membawa prospek pembangunan di dalam industri petrochemical serta pembuatan termasuk penghasilan produk berskala besar melibatkan " high tech fasilities " .

  Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata,  pelancaran  Kertih Terengganu Industrial Park ( KTIP ), ini dijangka berpotensi  meneruskan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja kepada kerajaan negeri dan para pelabur terlibat, malah nikmat itu bakal dirasai oleh rakyat Terengganu dalam jangka masa pendek dan panjang.

    Katanya, Kertih dikenali sebagai " The City of Light " kerana cahaya terang dari kawasan Perindustrian Petroleum menerangi langit pada waktu malam.

 "  Namun begitu, kerajaan negeri tentunya tidak akan terus bergantung kepada cahaya yang dihasilkan oleh bahan api fosil ini semata - mata ".

 " Oleh yang demikian, kerajaan negeri telah mengerakkan usaha pertumbuhan  yang mampan menerusi pembangunan sumber ekonomi utama dan sokongan ".

 " Pembesaran kapasiti Pelabuhan Kemaman oleh pihak EPIC Berhad, anak syarikat Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd yang terletak 48   kilometer dari kawasan KTIP , " ujarnya.

 Beliau berkata demikian  ketika berucap pada Majlis Pelancaran  Kertih Terengganu Industrial Park ( KTIP ) bertemakan tagline " An Industrial Land with Endless Possibilities and Growth " Di Resort World Kijal, Kemaman.

  Menurut Dr. Ahmad Samsuri, kerajaan negeri menjangkakan projek ini bakal menjadi pemangkin  kepada perkembangan infrastruktur  dan perkhidmatan sokongan serta menjadi ' catalyst ' kepada industri hiliran yang lain.

  Selain itu katanya, beliau juga memperkasakan jaringan nilai ( value chain ) di sekitar Daerah Kemaman dan Negeri Terengganu secara keseluruhannya.

 " Melalui kerjasama ini, kerajaan negeri menerusi anak syarikat ( GLC ) Terengganu Inc serta anak syarikat kumpulan dilantik TI Properties Sdn. Bhd yang berperanan sebagai kontraktor.

  " Mereka akan berkolaborasi  erat dengan MGB Berhad ( MGB ) iaitu anak syarikat LBS Bina Group Berhad, dalam merealisasikan inspirasi pembangunan Negeri Terengganu Darul Iman.

   " Semoga kerjasama ini memberi manfaat kepada seluruh rakyat Terengganu, sejajar matlamat satu pelan jangka masa panjang yang diberi nama Pelan Induk Terengganu Sejahtera  ( PITAS ) 2030, " jelasnya.

  Hadir sama pada majlis itu, Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Terengganu Incorporated Sdn. Bhd, Burhanuddin Hilmi Mohamed, Pengarah Eksekutif MGB Berhad, Datuk Richard Lim Lit Check, Pengarah Urusan  Kumpulan MGB Berhad, Datuk Wira Joey Lim Hock Guan, Pengarah Retro Court Sdn. Bhd, Dato' Hendri Dahlan dan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan National Terengganu, YB Haji Hanafiah Mat.


Sumber : Harakah.








Adiosss...Graciasss...!!!

No comments:

Post a Comment