Saturday, April 30, 2022

Dekorasi Pelita Aidil Fitri...Dungun 2022.

 Dungun l 30 April 2022.

   Sambutan hari raya Aidil Fitri tidak meriah sekiranya tidak ada pemasangan pelita raya.Serentak itu Pejabat Daerah Dungun dengan kerjasama Majlis Perbandaran Dungun telah mengambil inisiatif untuk memasang pelita Raya Di Padang Arena Merdeka,Dungun.

Dekorasi Pelita Aidilfitri Retro Raya Dalam Cahaya Peringkat Daerah Dungun Tahun 2022 anjuran Pejabat Daerah Dungun telah diadakan bermula pada 29 April 2022 hingga 3 Mei 2022 bertempat di Padang Arena Merdeka, Dungun. Antara pihak yang menyertai program dekorasi ini ialah Persatuan Sejarah Malaysia Kawasan Dungun, Persatuan Kebudayaan Daerah Dungun, Kelab Rekreasi Kuala Abang, Pelita Daerah Dungun dan KRT Alor Mak Bah. 

Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan kemeriahan Dekorasi Pelita Aidilfitri ini.















Adiosss...Graciasss...!!!

Tuesday, April 26, 2022

Iftar Ramadan Keluarga KAMI@Taman Tamadun Islam.

   Iftar Ramadan keluarga Media KAMI di perkarangan Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam petang semalam.

   Setiap tahun program ini menjadi nadi kesatuan dan kebersamaan setiap ahli.Sesibuk mana ahli KAMI, sudah menjadi kelaziman setiap Ramadan pasti akan berkumpul untuk merapatkan ukhuwah yang terjalin.Begitulah istimewanya keluarga KAMI.

  Menu iftar petang ini nasi putih gulai kuning ikan tenggiri air tangan Ummi Zah dan ikan bakar NR Cafe memang mantap.

  Cenderahati hamper raya turut diberi kepada ahli KAMI yang hadir oleh Timbalan Pengerusi KAMI, Sir Ahmad Faizol sebagai kenangan.

Terima kasih...!

#kamibangkit













Adiosss...Graciasss...!!!

Friday, April 22, 2022

Sepagi di Masjid Rusila.

 22 April 2022 I Rusila.

   Pagi ini Jumaat mubarokah ketika pulang ke Dungun, sempat singgah di Masjid Rusila, Presiden PAS,YAB Tan Seri Dato' Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang menyampaikan kuliah dhuha setiap pagi Jumaat.

   Sempat merakam saat - saat beliau keluar dari rumah untuk menyampaikan kuliah di masjid yang bersebelahan rumahnya. 

  Momen ini sentiasa menjadi buruan fotografer merakamkan kelibat Tok Guru yang biasa dipanggil Ayah Cik.

  Beliau sentiasa meluangkan masa di pagi Jumaat untuk menyampaikan kuliah berkitab kepada orang ramai.







Adiosss...Graciasss...!!!

Thursday, April 21, 2022

Iftar Ramadan Terengganu Inc bersama Media Terengganu KAWAT di Hotel Permai Inn.

 21 April 2022 I Kuala Terengganu

  Majlis berbuka puasa @ iftar Terengganu Inc bersama Media Terengganu ( KAWAT ) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu petang semalam.

  Hampir 100 orang pengamal media dari pelbagai agensi diraikan di majlis berbuka puasa bersama Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Ybhg. Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun di Dewan Permata, Hotel Permai Inn petang ini.Turut sama Presiden KAWAT, Encik Khairul Azlam Mohamad.

  Sebelum majlis berbuka berlangsung, tazkirah dan tahlil ringkas disampaikan oleh YBrs Ustaz Najmuddin 'Uluwan bin Mohd Hamdan.

  Pelbagai hidangan nasi dan lauk pauk, mee kari, spaghetti, kueh mueh, desserts dan buah buahan disediakan.

Terima kasih kepada Terengganu Inc kerana meraikan warga Media Terengganu @ KAWAT.














Adiosss...Graciasss...!!!


Wednesday, April 20, 2022

Iftar Ramadan Media Terengganu KAWAT bersama TNB@Primula Beach Hotel.

20 April 2022 l Kuala Terengganu.

   Majlis berbuka puasa Media Terengganu ( KAWAT ) bersama TNB di Primula Beach Resort petang semalam.

  Seramai 40 orang pengamal media dari pelbagai agensi dijemput untuk berbuka puasa.

  Menurut Presiden KAWAT, Encik Khairul Azlam Mohamad,iftar Ramadan itu bertujuan untuk merapatkan hubungan antara media dengan agensi kerajaan.

  Beliau berharap hubungan INI dapat diperkukuhkan dari masa ke semasa.













Adiosss...Graciasss...!!!