Majlis Iftar Media bersama YB Dr Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganu di Hotel Paya Bunga.
Dalam ucapan aluan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua wartawan dan pengamal media yang hadir dan selalu melaporkan berita berkenaan tugasnya sebagai Exco Pertanian Negeri.
Beliau melahirkan kegembiraan di atas laporan media yang amat berkesan dalam menyalurkan maklumat kepada masyarakat dan berharap perkara itu tidak terhenti di situ sahaja.
Ketika majlis berlangsung beliau turut menyantuni pengamal media ketika berbuka puasa.
Turut sama dalam majlis itu Presiden KAWAT,Encik Khairul Azlam Mohamad dan Pengerusi KAMI,Encik Naraza Muda.
Pengurus Besar TADC, Pengarah Jabatan Pertanian dan Pengarah Jabatan Perikanan turut dijemput.
No comments:
Post a Comment