Saturday, April 16, 2022

Iftar Ramadan@Surau Wan Taib,Banggol Tok Esah

   Majlis iftar Ramadan, 14 Ramadan 1443H di Surau Wan Taib,Kg Banggol Tok Esah petang semalam meninggalkan kenangan.Setelah sekian lama aktiviti surau dibekukan akibat pandemik COVID 19 berlaku sejak 3 tahun berlalu. 

  Seekor lembu sumbangan penduduk kampung disembelih untuk dijadikan jamuan iftar pada petang ini.Aktiviti dilakukan secara bergotong royong beramai-ramai dari penyembelihan,melapah dan menyiang daging sehingga memasak dilakukan secara berjamaah.

  Surau yang kecil dulunya dari binaan kayu kini megah dengan binaan konkrit hasil sumbangan orang ramai.

Surau ini telah dirasmikan oleh Al Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Ustaz Haji Hashim Jasin pada 28 Julai 2017 yang lalu. 

Lebih manis iftar petang ini dihadiri oleh Tan Sri Dato' Dr. Sheikh Ismail Bin Muhammad,ulama Al Quran yang juga Tokoh Kebangsaan Maal Hijrah 1443H/2021M.

   Beliau juga merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara ,Kuala Lumpur ke 12 yang berkhidmat selama 12 tahun sehingga tahun 2019.

  Selepas berbuka beliau turut mengimami solat Maghrib berjamaah di surau ini.Selepas itu diberi kesempatan untuk mentahnikkan baby Iman Solehah Binti Mohd Muzani yang berusia 6 bulan dan turut bergambar kenangan.

















Adiosss...Graciasss...!!!

  










No comments:

Post a Comment