21 April 2022 I Kuala Terengganu
Majlis berbuka puasa @ iftar Terengganu Inc bersama Media Terengganu ( KAWAT ) di Hotel Permai Inn, Kuala Terengganu petang semalam.
Hampir 100 orang pengamal media dari pelbagai agensi diraikan di majlis berbuka puasa bersama Presiden & Pengarah Eksekutif Terengganu Inc, Ybhg. Encik Burhanuddin Hilmi bin Mohamed @ Harun di Dewan Permata, Hotel Permai Inn petang ini.Turut sama Presiden KAWAT, Encik Khairul Azlam Mohamad.
Sebelum majlis berbuka berlangsung, tazkirah dan tahlil ringkas disampaikan oleh YBrs Ustaz Najmuddin 'Uluwan bin Mohd Hamdan.
Pelbagai hidangan nasi dan lauk pauk, mee kari, spaghetti, kueh mueh, desserts dan buah buahan disediakan.
Terima kasih kepada Terengganu Inc kerana meraikan warga Media Terengganu @ KAWAT.
No comments:
Post a Comment